Saturday, May 9, 2009

Jemputan Ke Majlis Penerangan SRS

Adalah saya dengan segala hormatnya merujuk kepada perkara di atas

2. Rukun Tetangga Blok 27B akan mengadakan Majlis Penerangan serta Mesyuarat SRS pada :

Tarikh : 24hb Mei 2009 (Ahad)
Masa : 9:00 pagi
Tempat : Padang Daisy, Blok 27B (Daisy), Green Valley Park

3. Tujuan penganjuran majlis ini adalah untuk memberi penerangan mengenai SRS ini kepada seluruh penduduk Daisy. Selain daripada itu program ini juga dapat mengeratkan perhubungan dan membolehkan penduduk saling mengenali antara satu sama lain serta dapat mencegah kegiatan jenayah demi keselamatan dan keamanan blok 27B ini

4. Sehubungan dengan itu diharapkan penduduk Daisy dapat hadir dalam majlis ini demi kesejahteraan serta keselamatan penduduk setempat.

5. Sebarang idea atau cadangan demi pemulihbaik program SRS ini bolehlah disalurkan terus ke Setiausaha KRT seperti alamat di atas atau emel terus ke : KRT.Blok27B@gmail.com