Saturday, May 9, 2009

Kejohanan Bowling Daisy 2009

PERTANDINGAN BOWLING DAISY 2009

Perkara di atas adalah dirujuk.

Sukacita dimaklumkan bahawa Rukun Tetangga BloK 27B dengan kerjasama Persatuan Penduduk Daisy akan menganjurkan satu Pertandingan Bowling Daisy 2009. Diharapkan agar para penduduk Blok 27B (Daisy) ini dapat menyertai pertandingan ini.

Kejohanan ini akan diadakan pada 14hb Jun 2009 [Ahad] jam 8 pagi bertempat di Perfect Bowl @ Selayang Mall Yuran pendaftaran bagi satu pasukan ialah RM100.00 (Ringgit Malaysia :Seratus Sahaja). Setiap bayaran bolehlah di buat secara tunai kepada mana-mana nama seperti di bawah. Tarikh akhir pendaftaran adalah pada 1hb Jun 2009. Syarat asas pertandingan ialah setiap pasukan mesti ada 4 pemain yang terdiri daripada campuran lelaki dan wanita dari penduduk Blok 27B (Daisy) sahaja. Mesti memakai stokin semasa pertandingan berlangsung. Bersama ini disertakan borang penyertaan dan penyertaan adalah terhad kepada 24 pasukan terawal sahaja.

Selain daripada itu, sesiapa yang berminat untuk menyumbang tenaga, wang tunai, makanan dan juga piala pusingan amatlah kami hargai. Segala sumbangan boleh diserahkan terus kepada nama-nama seperti dibawah ini.

Sebarang masalah dan pertanyaan sila hubungi wakil-wakil dibawah ini :
1- Mohd Noor Azman – No.15,Jalan Hijau 3/14 (019-321 4882)
2- Nor Azmi Mohamad – No.14, Jalan Hijau 3/11 (013-387 5106)
3- Ramhaimi Abdul – No.24 Jalan Hijau 3/11 (019-351 2396)

Nota : Surat dan Borang Penyertaan telahpun diedarkan kepada wakil KRT di jalan masing-masing.