Thursday, December 31, 2009

Lawatan Jiran Wanita Dan Tunas Jaya ke Panggung DBKL












Begitu asyik sekali para jemputan menonton teater "Sinbad" ini.



Gotong Royong Baik Pulih Gelanggang Bola Tampar











Sibuk betul para AJK membaik pulih gelanggang bola tampar ini.




Sunday, December 27, 2009

Mesyuarat Pemilihan AJK KRT sessi 2010/2011

Semua Penduduk
Blok 27B ( Daisy )

Tuan/Puan,

PER: JEMPUTAN KE MESYUARAT PEMILIHAN AJK RUKUN TETANGGA SESSI 2010/2011

Dengan segala hormatnya , Pihak Rukun Tetangga Blok 27B (Daisy) ingin menjemput Tuan/Puan ke Mesyuarat Pemilihan AJK Rukun Tetangga Sessi 2010/2011.

Mesyuarat tersebut akan diadakan seperti berikut:

Tarikh : 28hb Disember 2009 (Isnin)
Masa : 09:00 malam
Tempat : Padang Daisy, Jalan Hijau 3/12 dan 3/13

Kehadiran tuan/puan adalah penting dalam membuat pemilihan AJK RT yang baru demi melaksanakan tugas sukarela ini dengan berwibawa dan berkesan dalam mengeratkan lagi silaturrahim di antara penduduk-penduduk Daisy.

Bersama-sama ini disertakan borang pencalonan AJK KRT , sila pastikan tuan/puan memilih AJK yang layak serta berwibawa dalam menjalankan tugas sukarela ini.

Sekian, terima kasih.

Keputusan Final Bolasepak Liga Veteran BTP/GVP 2009

Keputusannya ialah :

BTP FC 3 - 1 Blok 27B

Suasana perlawanan akhir berlangsung dengan meriah sekali yangmana dimulakan dengan perlawanan persahabatan remaja.

Maaf sebab lewat mengemaskini blog KRT ini. Gambar akan menyusul nanti.

Friday, December 25, 2009

Gotong Royong Membersihkan SRI As Solihin
















Pada 25-12-2009 yang lepas, Sek Ren Islam As Solihin dengan kerjasama AJK KRT Blok 27B telah bergotong royong membersihkan sekolah tersebut.





Monday, December 7, 2009

Keputusan Semi Final 2

KeputusanKejohanan Bolasepak Tertutup 11 Sebelah Liga Veteran BTP/GVPPIALA KRT BLOK 27B (DAISY)
Perlawanan Separuh Akhir 2 Pada 06-12-2009 (Ahad) jam 5 petang
Blok 16 (0) lawan BTP FC (1)
Terima kasih kepada semua pemain dan juga penyokong kedua-dua pasukan
Jadi Dengan itu perlawanan akhir pada 13hb Desember 2009 ini ialah
Blok 27B (Daisy) lawan BTP FC
Selagi semua penduduk GVP dan BTP dijemput hadir bagi memeriahkan perlawanan akhir ini.

Sunday, December 6, 2009

Keputusan Semi final 1

Keputusan

Kejohanan Bolasepak Tertutup 11 Sebelah Liga Veteran BTP/GVP
PIALA KRT BLOK 27B (DAISY)


Perlawanan Separuh Akhir 1 Pada 05-12-2009 (Sabtu) jam 5 petang
Blok 27B (Daisy) (4) lawan Blok 26 (3)

Terima kasih kepada semua pemain dan juga penyokong Blok 27B Daisy

Kejohanan BolaSepak Veteran BTP/GVP 2009



Kejohanan Bolasepak Tertutup 11 Sebelah Liga Veteran BTP/GVP
PIALA KRT BLOK 27B (DAISY)

Segala hormatnya dijemput YB/Ybhg./Tan Sri/Puan Sri/Dato’/Datin/Tuan & Puan ke

Perlawanan Separuh Akhir 1 Pada 05-12-2009 (Sabtu) jam 5 petang
Blok 27B (Daisy) lawan Blok 26
Dan
Perlawanan Separuh Akhir 2 Pada 06-12-2009 (Ahad) jam 5 petang
Blok 16 lawan BTP FC

Dan seterusnya
Perlawanan Akhir Pada 13-12-2009 (AHAD) bermula jam 4 petang

Semua Perlawanan Berlangsung Di Padang Green Valley Park , Blok 27
Bandar Tasik Puteri

Semua Penduduk Dijemput Hadir Beramai-Ramai Bagi Memeriahkan Perlawanan Bolasepak Ini

Majlis Hari Raya BersamaPenghuni Jalan Hijau 3/15


Tarikh 24hb Oktober 2009 (Sabtu) bersamaan 05 Zulkaedah 1430 H.
Anjuran AJK Rukun Tetangga Blok 27B (Daisy) JLN 3/15 bersama-sama Penduduk-Penduduk Jalan 3/15
Tempat Jalan Hijau 3/15
Objektif
Mengeratkan Tali Silaturahim Antara Penduduk Daisy (27B) Serta Memupuk Semangat Kejiranan Antara Penduduk Daisy (27B)


Perjalanan Majlis
Majlis berjalan dengan baik yang mana ia dimulakan dengan persiapan khemah pada petang itu. Majlis dimulakan pada jam 8.30 malam, majlis ini mendapat sambutan yang amat menggalakan sehingga melebihi dari jangkaan penganjur majlis. Ramai para bapa dan ibu serta anak-anak hadir dalam majlis ini. Para hadirin dijemput untuk menjamu selera yang mana makanan dan juga minuman disediakan oleh lorong 3/15. Majlis berakhir pada jam 11.30 malam.


Sunday, November 22, 2009

Keputusan Perlawanan Liga Bolasepak Veteran 2009



No Nama Pasukan
1 BTP FC
2 Blok 26
3 Daisy 27B
4 Blok 16
5 Blok 18
6 Blok 29



Daisy 27B vs Blok 26 0 - 1
Blok 29 vs BTP FC 1 - 4
Blok 18 vs Blok 16 2 - 3
Daisy 27B vs BTP FC 2 - 2
Blok 16 vs Blok 29 4 - 0
Blok 26 vs Blok 18 3 - 1
Blok 29 vs Blok 18 2 - 5
Daisy 27B vs Blok 16 2 - 2
Blok 16 vs BTP FC 1 - 4
Blok 26 vs Blok 29
Daisy 27B vs Blok 18 2 - 0
Blok 26 vs Blok 16 3 - 1
Blok 29 vs Daisy 27B 0 - 3
BTP FC vs Blok 18 2 - 1
Blok 26 vs BTP FC 0 - 1

MAJLIS BERBUKA PUASA DAN PENYAMPAIAN SUMBANGAN KEPADA ANAK-ANAK YATIM DAN IBU TUNGGAL BLOK 28 DAN 27B
















MAJLIS BERBUKA PUASA DAN PENYAMPAIAN SUMBANGAN KEPADA ANAK-ANAK YATIM DAN IBU TUNGGAL BLOK 28 DAN 27B

Tarikh 05hb September 2009
Anjuran Rukun Tetangga Blok 27B (Daisy), Rukun Tetangga Blok 28 serta Jawatankuasa Surau Al Furqan Blok 28
Tempat Di padang Blok 28 serta Surau Al Furqan
Objektif
Mengeratkan Tali Silaturahim Antara Penduduk Daisy (27B) dan juga Blok 28 Serta Memupuk Semangat Kejiranan Antara Penduduk Daisy (27B) dan Blok 28

Perjalanan Majlis
Majlis berjalan dengan baik di mana upacara dimulakan pada 6.00 petang dengan para jemputan khairiyah blok 27B dan Blok 28 mengambil tempat dan dimulakan dengan gimik dari anak-anak penduduk Blok 27B dan 28. Majlis seterusnya dimulakan dengan ucapan aluan oleh pengerusi majlis dan seterusnya dirasmikan oleh Pengarah Program. Majlis seterusnya telah diteruskan dengan penyampaian sumbangan kepada anak-anak yatim serta ibu-ibu tunggal yang tinggal di sekitar blok 27B dan 28 . Pada jam 7.10 malam majlis tersebut dimulakan dengan majlis berbuka puasa dan solat maghrib berjemaah.

Majlis ini diteruskan dengan makan malam, solat isyak berjemaah solat tarawih serta tazkirah.





Saturday, September 5, 2009

Selamat Menyambut Bulan Ramadhan 1430H

Bulan Ramadhan ini adalah anugerah Allah sebagai lambang kasih sayang kepada hamba-hamba Nya. Allah tidak mensia-siakan keletihan umatnya yang berpuasa hinggakan tidur di waktu siang juga diberikan pahala. Begitu besarnya kasih sayang Allah pada kita. Oleh itu marilah bersama-sama kita menilai diri kita. Semoga tahun ini amalan kita akan semakin bertambah dan sempurna perlaksanaannya. Insya Allah. Janganlah kita termasuk dalam golongan yang menganiayai diri
sendiri.
Sabda Rasulullah saw:
"Barangsiapa yang mendirikan Ramadhan dengan penuh keimanan nescaya diampunkan segala dosa-dosanya yang lalu."

Wasalam
Dari Pihak AJK KRT Blok 27B

Majlis Sambutan Bulan Ramadhan 2009

















Tarikh 15hb Ogos 2009 (Sabtu) bersamaan 24 Syaaban 1430 H.
Anjuran Rukun Tetangga Blok 27B (Daisy) bersama-sama Persatuan Penduduk Daisy (27B)
Tempat Jalan Hijau 3/12
Objektif
Mengeratkan Tali Silaturahim Antara Penduduk Daisy (27B) Serta Memupuk Semangat Kejiranan Antara Penduduk Daisy (27B)


Perjalanan Majlis
Majlis berjalan dengan baik yang mana ia dimulakan dengan persiapan khemah pada petang itu. Majlis dimulakan pada jam 7.15 malam dengan sembahyang maghrib berjemaah dan seterusnya tazkirah dari ustaz Amirudin dan selepas Solat Isyak, diteruskan dengan bacaan Yassin serta tahlil ringkas. Majlis ini mendapat sambutan yang amat menggalakan sehingga melebihi dari jangkaan penganjur majlis. Ramai para bapa dan ibu serta anak-anak hadir dalam majlis ini. Setelah selesai solat Isyak, maka para hadirin dijemput untuk menjamu selera yang mana makanan dan juga minuman disediakan oleh lorong masing-masing. Majlis berakhir pada jam 10.30 malam.





Monday, August 17, 2009

Liga Bolasepak Veteran BTP/GVP 2009

Dibawah ini beberapa keputusan liga bolasepak Veteran

1 Ogos 2009
Daisy 27B vs Blok 26 (0-1)
2 Ogos 2009
Blok 29 vs BTP FC (1-4)
8 Ogos 2009
Blok 18 vs Blok 16 (2-3)
9 Ogos 2009
Daisy 27B vs BTP FC (2-2)
15 Ogos 2009
Blok 16 vs Blok 29 (4-0)
16 Ogos 2009
Blok 26 vs Blok 18 (3-1)

Liga Rehat Selama 2 bulan keranaMenyambut Bulan Ramadhan dan Syawal.

Friday, August 14, 2009

Program Bengkel "Dalam Diam"











Program Bengkel "Dalam Diam" - Satu Kupasan Hak-Hak Wanita
anjuran Jiran Wanita KRT Blok 27B bertempat Kelab Golf Bandar Tasik Puteri pada 09-08-2009 (Ahad) dari jam 9 pagi hingga 1 petang.

Sambutan amatlah menggalakkan disertai lebih daripada 100 orang peserta.
Tahniah Kepada Semua AJK Kerja Program ini.





Kem Ibadah Kanak-Kanak Untuk Jiran Tunas Jaya


Program Kem Ibadah Untuk Kanak-Kanak Di Masjid Negara
Tarikh : 08-08-2009
Masa : Dari Jam 9 pagi hingga 5 petang
Tempat : Masjid Negara
Seramai 23 orang peserta kanak menyertai program ini.
Terima kasih kepada JAKIM dan pihak Masjid Negara
Terima kasih juga kepada semua AJK kerja yang menguruskan program ini.

Tuesday, August 11, 2009

Liga Bolasepak Veteran BTP/GVP 2009 bermula
















Liga Bolasepak Veteran BTP/GVP 2009 bermula..
Sebanyak 6 pasukan telah menyertai Liga ini.
Perlawanan pertama bermula pd 01-08-2009.
Mohon semua warga Blok 27B turun ke padang untuk memberi sokongan terutamanya pada pasukan Blok 27B.

Dibawah ini adalah jadual perlawanan seterusnya.
Jadual Perlawanan Liga Bolasepak Veteran 2009
Anjuran KRT Blok 27B (Daisy)
Bil
Tarikh
Masa
Perlawanan

1 Ogos 2009
1700 - 1900 Sabtu
Daisy 27B vs Blok 26

2 Ogos 2009
1700 - 1900 Ahad
Blok 29 vs BTP FC

8 Ogos 2009
1700 - 1900 Sabtu
Blok 18 vs Blok 16

9 Ogos 2009
1700 - 1900 Ahad
Daisy 27B vs BTP FC

15 Ogos 2009
1700 - 1900 Sabtu
Blok 16 vs Blok 29

16 Ogos 2009
1700 - 1900 Ahad
Blok 26 vs Blok 18

24 Okt 2009
1700 - 1900 Sabtu
Blok 29 vs Blok 18

25 Okt 2009
1700 - 1900 Ahad
Daisy 27B vs Blok 16

31 Okt 2009
1700 - 1900 Sabtu
Blok 16 vs BTP FC

1 Nov 2009
1700 - 1900 Ahad
Blok 26 vs Blok 29

7 Nov 2009
1700 - 1900 Sabtu
Daisy 27B vs Blok 18

8 Nov 2009
1700 - 1900 Ahad
Blok 26 vs Blok 16

14 Nov 2009
1700 - 1900 Sabtu
Blok 29 vs Daisy 27B
15 Nov 2009
1700 - 1900 Ahad
BTP FC vs Blok 18
15
21 Nov 2009
1700 - 1900 Sabtu
Blok 26 vs BTP FC


Separuh Akhir
28 Nov 2009
1700 - 1900 Sabtu
akan ditentukan nanti

29 Nov 2009
1700 - 1900 Ahad
akan ditentukan nanti

Akhir
6 Dec 2009
1700 - 1900 Ahad
akan ditentukan nanti

Semua perlawanan berlangsung di Padang Green Valley Park - Blok 27
Diatas ini adalah gambar semasa perlawanan berlangsung.





Program " Masih Ada Yang Endah"











LAPORAN PROGRAM “MASIH ADA YANG ENDAH” – SEHARI BERSAMA YB ADUN KUANG
Tarikh 26hb Jun 2009 (Jumaat)
Anjuran KRT Blok 27B (Daisy) bersama-sama Persatuan Penduduk Daisy (27B).
Tempat Blok 27B (Daisy) dan sekitarnya
Objektif
Membantu golongan yang sepatutnya mendapat bantuan dan disamping mengeratkan hubungan silaturrahim antara penduduk blok 27B (Daisy)

Perjalanan MajlisProgram berjalan dengan baik dengan kehadiran AJK RT dan Persatuan bersama YB melawat senarai individu yang memerlukan bantuan ini

Kempen Derma Darah
















KEMPEN PROGRAM DERMA DARAH DAISY 2009
Tarikh 19hb Julai 2009 (Ahad)
Anjuran KRT Blok 27B (Daisy) dan Persatuan Penduduk Daisy (27B) dengan kerjasama dari Pihak Pusat Perubatan Universiti Utara (PPUM).
Tempat SRA As Solihin, No. 3 , Jalan Hijau 3/12, Blok 27B (Daisy)
Objektif
Untuk memberi kesedaran kepada penduduk bahawa ini merupakan satu kempen yang memberi banyak makna dan faedahnya kepada penderma serta penerima darah. Menderma darah bermakna kita memberikan satu nyawa baru kepada seseorang yang amat memerlukan tanpa mengira situasi atau keturunan.


Perjalanan MajlisProgram berjalan dengan baik dengan hampir 100 orang. Seramai 60 orang menjalani pemeriksaan dan seramai 35 orang telah berjaya menderma darah. Terima kasih pada semua.

Saturday, June 27, 2009

Bowling Daisy 2009 - Meriah
















Kejohanan Bowling Daisy 2009 yang pertama kali diadakan di Perfect Bowl , Selayang Mall berjalan dengan lancarnya. Tahniah kepada semua pemenang.