Sunday, March 22, 2009

Forum Maulidurrasul Daisy 2009
















Program Forum Maudidur Rasul (Daisy) ini adalah kesinambungan dari program yang diadakan pada waktu siang tadi. Ini bertujuan mengeratkan silaturrahim serta memupuk hubungan muhibbah dalam melahirkan sebuah masyarakat yang harmoni dan dinamik.
Objektifnya ialah Untuk mengingati perjuangan Rasulullah dalam menyebar dan meninggikan syiar Islam serta Memupuk serta menjalin hubungan muhibbah dan silaturrahim di antara penduduk Blok 27B (Daisy)
Dua ahli dipanggil iaitu :
1- Ustaz Hj Amirudin Abdul Hadi
2- Ustaz Eadil Bin Mat
Moderator :
En.Mohamad Kamarudin Bin Madi.

Majlis dimulakan dengan persembahan Marhaban dan Nasyid oleh Kumpulan Nur Faizin pada jam 9.15 mlm. Kemudian forum dimulakan pada jam 9.30 mlm dengan tajuk - Silaturrahim Model Rasulullah s.a.w

Majlis selesai pada jam 11.30 mlm dengan sedikit jamuan ringan untuk semua tetamu.