Saturday, September 5, 2009

Selamat Menyambut Bulan Ramadhan 1430H

Bulan Ramadhan ini adalah anugerah Allah sebagai lambang kasih sayang kepada hamba-hamba Nya. Allah tidak mensia-siakan keletihan umatnya yang berpuasa hinggakan tidur di waktu siang juga diberikan pahala. Begitu besarnya kasih sayang Allah pada kita. Oleh itu marilah bersama-sama kita menilai diri kita. Semoga tahun ini amalan kita akan semakin bertambah dan sempurna perlaksanaannya. Insya Allah. Janganlah kita termasuk dalam golongan yang menganiayai diri
sendiri.
Sabda Rasulullah saw:
"Barangsiapa yang mendirikan Ramadhan dengan penuh keimanan nescaya diampunkan segala dosa-dosanya yang lalu."

Wasalam
Dari Pihak AJK KRT Blok 27B

Majlis Sambutan Bulan Ramadhan 2009

















Tarikh 15hb Ogos 2009 (Sabtu) bersamaan 24 Syaaban 1430 H.
Anjuran Rukun Tetangga Blok 27B (Daisy) bersama-sama Persatuan Penduduk Daisy (27B)
Tempat Jalan Hijau 3/12
Objektif
Mengeratkan Tali Silaturahim Antara Penduduk Daisy (27B) Serta Memupuk Semangat Kejiranan Antara Penduduk Daisy (27B)


Perjalanan Majlis
Majlis berjalan dengan baik yang mana ia dimulakan dengan persiapan khemah pada petang itu. Majlis dimulakan pada jam 7.15 malam dengan sembahyang maghrib berjemaah dan seterusnya tazkirah dari ustaz Amirudin dan selepas Solat Isyak, diteruskan dengan bacaan Yassin serta tahlil ringkas. Majlis ini mendapat sambutan yang amat menggalakan sehingga melebihi dari jangkaan penganjur majlis. Ramai para bapa dan ibu serta anak-anak hadir dalam majlis ini. Setelah selesai solat Isyak, maka para hadirin dijemput untuk menjamu selera yang mana makanan dan juga minuman disediakan oleh lorong masing-masing. Majlis berakhir pada jam 10.30 malam.