Thursday, December 31, 2009

Lawatan Jiran Wanita Dan Tunas Jaya ke Panggung DBKL












Begitu asyik sekali para jemputan menonton teater "Sinbad" ini.



Gotong Royong Baik Pulih Gelanggang Bola Tampar











Sibuk betul para AJK membaik pulih gelanggang bola tampar ini.




Sunday, December 27, 2009

Mesyuarat Pemilihan AJK KRT sessi 2010/2011

Semua Penduduk
Blok 27B ( Daisy )

Tuan/Puan,

PER: JEMPUTAN KE MESYUARAT PEMILIHAN AJK RUKUN TETANGGA SESSI 2010/2011

Dengan segala hormatnya , Pihak Rukun Tetangga Blok 27B (Daisy) ingin menjemput Tuan/Puan ke Mesyuarat Pemilihan AJK Rukun Tetangga Sessi 2010/2011.

Mesyuarat tersebut akan diadakan seperti berikut:

Tarikh : 28hb Disember 2009 (Isnin)
Masa : 09:00 malam
Tempat : Padang Daisy, Jalan Hijau 3/12 dan 3/13

Kehadiran tuan/puan adalah penting dalam membuat pemilihan AJK RT yang baru demi melaksanakan tugas sukarela ini dengan berwibawa dan berkesan dalam mengeratkan lagi silaturrahim di antara penduduk-penduduk Daisy.

Bersama-sama ini disertakan borang pencalonan AJK KRT , sila pastikan tuan/puan memilih AJK yang layak serta berwibawa dalam menjalankan tugas sukarela ini.

Sekian, terima kasih.

Keputusan Final Bolasepak Liga Veteran BTP/GVP 2009

Keputusannya ialah :

BTP FC 3 - 1 Blok 27B

Suasana perlawanan akhir berlangsung dengan meriah sekali yangmana dimulakan dengan perlawanan persahabatan remaja.

Maaf sebab lewat mengemaskini blog KRT ini. Gambar akan menyusul nanti.

Friday, December 25, 2009

Gotong Royong Membersihkan SRI As Solihin
















Pada 25-12-2009 yang lepas, Sek Ren Islam As Solihin dengan kerjasama AJK KRT Blok 27B telah bergotong royong membersihkan sekolah tersebut.





Monday, December 7, 2009

Keputusan Semi Final 2

KeputusanKejohanan Bolasepak Tertutup 11 Sebelah Liga Veteran BTP/GVPPIALA KRT BLOK 27B (DAISY)
Perlawanan Separuh Akhir 2 Pada 06-12-2009 (Ahad) jam 5 petang
Blok 16 (0) lawan BTP FC (1)
Terima kasih kepada semua pemain dan juga penyokong kedua-dua pasukan
Jadi Dengan itu perlawanan akhir pada 13hb Desember 2009 ini ialah
Blok 27B (Daisy) lawan BTP FC
Selagi semua penduduk GVP dan BTP dijemput hadir bagi memeriahkan perlawanan akhir ini.

Sunday, December 6, 2009

Keputusan Semi final 1

Keputusan

Kejohanan Bolasepak Tertutup 11 Sebelah Liga Veteran BTP/GVP
PIALA KRT BLOK 27B (DAISY)


Perlawanan Separuh Akhir 1 Pada 05-12-2009 (Sabtu) jam 5 petang
Blok 27B (Daisy) (4) lawan Blok 26 (3)

Terima kasih kepada semua pemain dan juga penyokong Blok 27B Daisy

Kejohanan BolaSepak Veteran BTP/GVP 2009



Kejohanan Bolasepak Tertutup 11 Sebelah Liga Veteran BTP/GVP
PIALA KRT BLOK 27B (DAISY)

Segala hormatnya dijemput YB/Ybhg./Tan Sri/Puan Sri/Dato’/Datin/Tuan & Puan ke

Perlawanan Separuh Akhir 1 Pada 05-12-2009 (Sabtu) jam 5 petang
Blok 27B (Daisy) lawan Blok 26
Dan
Perlawanan Separuh Akhir 2 Pada 06-12-2009 (Ahad) jam 5 petang
Blok 16 lawan BTP FC

Dan seterusnya
Perlawanan Akhir Pada 13-12-2009 (AHAD) bermula jam 4 petang

Semua Perlawanan Berlangsung Di Padang Green Valley Park , Blok 27
Bandar Tasik Puteri

Semua Penduduk Dijemput Hadir Beramai-Ramai Bagi Memeriahkan Perlawanan Bolasepak Ini

Majlis Hari Raya BersamaPenghuni Jalan Hijau 3/15


Tarikh 24hb Oktober 2009 (Sabtu) bersamaan 05 Zulkaedah 1430 H.
Anjuran AJK Rukun Tetangga Blok 27B (Daisy) JLN 3/15 bersama-sama Penduduk-Penduduk Jalan 3/15
Tempat Jalan Hijau 3/15
Objektif
Mengeratkan Tali Silaturahim Antara Penduduk Daisy (27B) Serta Memupuk Semangat Kejiranan Antara Penduduk Daisy (27B)


Perjalanan Majlis
Majlis berjalan dengan baik yang mana ia dimulakan dengan persiapan khemah pada petang itu. Majlis dimulakan pada jam 8.30 malam, majlis ini mendapat sambutan yang amat menggalakan sehingga melebihi dari jangkaan penganjur majlis. Ramai para bapa dan ibu serta anak-anak hadir dalam majlis ini. Para hadirin dijemput untuk menjamu selera yang mana makanan dan juga minuman disediakan oleh lorong 3/15. Majlis berakhir pada jam 11.30 malam.