Tuesday, December 21, 2010

Perlawanan Persahabatan Antara Blok 27B dan Firmikal Group Club

Salam,

Blok 27B dan Firmikal Group Club telah bersetuju untuk mengadakan perlawanan persahabatan pada :
- 25 hb Disember 2010 (Sabtu)
- jam 8 pagi hingga 12 tghari

Permainan yang akan diadakan ialah :
1- Bola Tampar
2- Ping Pong
3- Sepaktakraw
4- Bola Jaring

Semua Penduduk Blok 27B (Daisy) dijemput memeriahkan perlawanan persahabatan ini samada menyertai atau memberi sokongan pada pasukan Blok 27B.

Sunday, December 19, 2010

Perancangan Aktiviti Tahun 2011

Assalamualaikum,

Berdasarkan mesyuarat KRT pada 13-12-2010 yg lepas, berbagai aktiviti serta program akan dirancang untuk penduduk Blok 27B (Daisy) ini.

Pihak AJK amatlah berbesar hati jika semua penduduk dapat menyertai semua program yang dianjurkan oleh pihak KRT.

Di antar aktiviti itu ialah :

Cadangan Kalendar Aktiviti RT Untuk Penduduk Daisy 2011


Januari
1- Gotong Royong Perdana Daisy (KRT)
2- Hari Keluarga n Sukaneka (KRT)

Februari
1- Kelas Memasak (JW)
2- Majlis Maulidur Rasul (KRT)

Mac
1- Permainan Rakyat Untuk Remaja (JM)
2- Sukan Volley ball (KRT)
3- Sukan Netball (KRT)

April
1- Bengkel Kursus Jenazah Muslimat (JUE)
2- Bengkel Kursus Jenazah Muslimah (JW)
3- Sukan Ping Pong (KRT)

Mei
1- Kelas Gubahan Bunga (JW)
2- Sukan Rakan Muda Jiran Muda (JM & JTJ)
3- Kejohanan Bowling (KRT) Jun

Jun
1- Bengkel Bahasa Inggeris PMR dan SPM (JM & JTJ)
2- Berbasikal Tunas Jaya (JTJ)
3- Sukan Sepaktakraw (KRT)
4- Indoor Game (KRT)
5- Majlis Sambutan Hari Ibu (JW)

Julai
1- Forum Perdana – Penghayatan Ramadhan (KRT)
2- Program Halalkah Kita Siri 2 - KRT

Ogos
3- Majlis Berbuka Puasa (KRT)

September
1- Jamuan Hari Raya (KRT)

Oktober
1- Morning Walk – JUE
2- Kem Kendiri - JM

November
1- Kelas Grooming (JW)

Disember
1- Lawatan Intergrasi (KRT)
2- Mesyuarat Pemilihan AJK RT Baru.

Nota :

KRT – Kawasan Rukun Tetangga
JW – Jiran Wanita
JM – Jiran Muda
JUE – Jiran Usia Emas
JTJ – Jiran Tunas Jaya

Cadangan lain :

1- Game Volley Ball Setiap Hari Sabtu Dan Ahad atau mlm Ahad

2- Game Ping Pong Setiap Hari Sabtu Dan Ahad atau mlm Ahad

3- Senamrobik sekali atau 2 kali dalam sebulan

Saturday, December 18, 2010

Skim Rondaan Sukarela sudah bermula

Marilah bersama-sama kita sertai SRS ini.

Dibawah ini adalah gambar-gambar semasa SRS dijalankan.







Tuesday, December 14, 2010

Skim Rondaan Sukarela (SRS)

Salam,

Skim Rondaan Sukarela (SRS) telahpun bermula.

PENDAHULUAN


1.1. Skim Rondaan Sukarela adalah suatu skim yang dipohon oleh pemastautin sukarelawan di bawah Peraturan 27A, Peraturan-Peraturan Perlu Rukun Tetangga (1975), Pindaan 1988.

1.2. Skim ini dikendalikan oleh Jawatankuasa Rukun Tetangga yang bertindak sebagai Jawatankuasa Skim, manakala rondaan dilaksanakan oleh tidak kurang dari 20 pemastautin sukarelawan yang memohon untuk melaksanakan rondaan di sebahagian atau di seluruh kawasan Rukun Tetangga.

1.3. Skim Rondaan Sukarela dijangka menjadi tulang belakang bagi program serta aktiviti Rukun Tetangga kerana ia boleh mencegah kejadian dan gejala sosial negatif di samping dapat merapatkan hubungan Rukun Tetangga dengan penduduk setempat.

TAFSIRAN

2.1. Skim Rondaan Sukarela bermaksud satu skim yang dipohon sendiri oleh pemastautin dan apabila diluluskan akan dikendalikan sepenuhnya oleh Jawatankuasa Skim dengan kerjasama Pemastautin Sukarelawan dalam sesuatu Kawasan/Sektor Rukun Tetangga yang berkenaan.

Kepada semua penduduk Blok 27B (Daisy) yang berkemampuan dan sihat tubuh badan, dimohon untuk bersama-sama menjaga Skim Rondaan Sukarela ini.

Sebarang pertanyaan , sila rujuk kepada wakil KRT di jalan masing-masing.
Keterangan lanjut boleh didapati di laman sesawang - http://www.jpninselangor.gov.my/

SRS


S: Apakah itu Skim Rondaan Sukarela (SRS)?
J: Skim Rondaan Sukarela (SRS) adalah suatu rancangan / skim yang dikendalikan oleh pemastautin sukarela yang mendiami Kawasan-Kawasan Rukun Tetangga demi menjaga keselamatan kawasan kejiranan mereka melalui aktiviti kawalan dan rondaan.

S: Apakah syarat-syarat untuk menubuhkan Skim Rondaan Sukarela (SRS)?
J: Syarat-syarat untuk menubuhkan Skim Rondaan Sukarela (SRS) adalah seperti berikut :

a) Terdapat permintaan oleh sekurang-kurangnya 20 orang penduduk yang tinggal di dalam Kawasan Rukun Tetangga.
b) Berumur 18 tahun ke atas.
c) Warganegara Malaysia. Bukan warganegara boleh terlibat di dalam Skim Rondaan Sukarela (SRS) dengan syarat hendaklah memiliki dokumen perjalanan yang sah.

S: Bagaimana saya ingin menubuhkan Skim Rondaan Sukarela (SRS) di kawasan tempat tinggal saya?
J: Skim Rondaan Sukarela (SRS) boleh dipohon oleh sekurang-kurangnya 20 orang pemastautin sukarela berumur 18 tahun ke atas dan mendiami di dalam Kawasan Rukun Tetangga dengan melengkapkan Bahagian A Borang Enam yang boleh diperolehi daripada Pejabat Perpaduan Daerah / Bahagian di seluruh negara.Borang permohonan yang lengkap hendaklah dikemukakan kepada Pengerusi Jawatankuasa Rukun Tetangga untuk ditandatangani dan Pengerusi Jawatankuasa Rukun Tetangga seterusnya akan menghantar permohonan kepada Pegawai Perpaduan Daerah / Bahagian untuk semakan sebelum dimajukan kepada Pengarah Perpaduan Negeri untuk sokongan dan akhirnya kelulusan oleh Ketua Pengarah Rukun Tetangga.

S: Berapakah tempoh masa yang diambil untuk sesebuah Skim Rondaan Sukarela (SRS) diluluskan?
J: Jika semua maklumat yang dikemukakan adalah benar, betul dan tepat, maka, kelulusan boleh diperolehi dalam tempoh masa seminggu dari tarikh permohonan sampai di ibu pejabat.

S: Bagaimana cara untuk mengendalikan aktiviti rondaan?
J: Anggota-anggota peronda boleh merujuk kepada Buku Panduan Pengendalian Skim Rondaan Sukarela kaedah dan prosedur untuk melakukan aktiviti rondaan.

S: Adakah pihak-pihak yang meronda di bawah Skim Rondaan Sukarela (SRS) layak diberi cuti rehat setelah selesai menjalankan tugas rondaan?
J: Anggota perkhidmatan awam yang menjalankan tugas rondaan mulai jam 12.00 malam untuk tempoh sekurang-kurangnya empat (4) jam berturut-turut layak dipertimbangkan pemberian pelepasan bekerja oleh Ketua Jabatan masing-masing. Tempoh pelepasan bekerja adalah bersamaan 4 jam sahaja dan selepas tempoh tersebut, anggota perkhidmatan awam dikehendaki melapor diri bertugas di pejabat masing-masing. Kemudahan pelepasan bekerja belum lagi dipanjangkan kepada sektor swasta dan oleh yang demikian, anggota peronda boleh memohon budi-bicara majikan masing-masing untuk mendapatkan pelepasan bekerja.

S: Adakah peralatan rondaan disediakan kepada peronda-peronda semasa menjalankan tugas rondaan?
J: Peronda-peronda yang bertugas menjalankan tugas rondaan akan dibekalkan dengan baju vest, topi, lampu picit, wisel, baton light, peti pertolongan cemas, rotan dan baju hujan. Peralatan di atas hendaklah disimpan oleh Jawatankuasa Skim.

S: Apakah kuasa yang ada kepada peronda-peronda semasa mereka menjalankan tugas rondaan?
J: Menurut Peraturan 27I [peraturan-Peraturan Perlu (Rukun Tetangga)1975(Pindaan)1988] menjelaskan bahawa anggota peronda semasa menjalankan tugas rondaan di dalam kawasan yang dibenarkan meronda disifatkan sebagai pegawai polis berpangkat konstabel dengan syarat semasa menjalankan tugas rondaan tertakluk kepada arahan dan kawalan Pengarah, Jawatankuasa Skim dan Ahli Jawatankuasa Skim.



S: Adakah anggota peronda diberi kuasa melakukan tangkapan?
J: Peronda yang menjalankan tugas rondaan dibenarkan melakukan tangkapan (citizen arrest) sebagaimana termaktub di bawah Seksyen 27 Kanun Prosedur Jenayah iaitu menangkap mana-mana orang yang melakukan kesalahan boleh tangkap dan tidak boleh dijamin, yang berlaku pada pandangannya (depan mata) dan menyerahkan orang yang ditangkap kepada pegawai polis yang hampir sekali atau menghantar orang yang ditangkap ke balai polis yang berhampiran sekali.

S: Apakah bentuk perlindungan yang diberi kepada anggota-anggota peronda jika berlaku sesuatu yang tidak diingini seperti kemalangan atau kecederaan?
J: Semua anggota peronda Skim Rondaan Sukarela (SRS) di beri perlindungan insuran kemalangan diri berkelompok 24 jam dengan faedah-faedah berikut :

a) Kematian akibat kemalangan = RM 19,000.00
b) Keilatan kekal akibat kemalangan = RM 19,000.00
c) Perbelanjaan perubatan (maksimum) = RM 500.00
d) Elaun Harian Hospital = RM 20.00 sehari (maksimum 30 hari)
e) Khairat Kematian (akibat kemalangan) = RM 1000.00

Nota kaki : Semakin ramai yang menyertai SRS ini, maka semakin lama "turn" kita akan sampai buat rondaan akan datang

Monday, December 13, 2010

Papan Tanda KRT Blok 27B yang baru

Papan Tanda KRT Blok 27B yang baru
Terima kasih JPNIN Daerah Gombak Dan Negeri Selangor

Sunday, December 12, 2010

Program Bersama Anak-Anak Yatim Di Tropicana Mall, PJ

Salam,

Program yang diadakan pada 28/8/2010 ini berjalan dengan lancarnya , terdapat lebih daripada 30 orang anak yatim terlibat dalam program ini.



Terima kasih kepda pihak Tropicana Mall dan juga semua AJK KRT yang terlibat.

Saturday, August 14, 2010

Majlis Sambutan Ramadhan 1431H

Salam,

Majlis berjalan dengan lancarnya, Bermula dengan Sola Maghrib secara berjamaah, selepas itu takzirah maghrib disampaikan oleh Ustaz Amiruddin.

Selepas solat Isyak berjamaah, majlis diteruskan dengan solat hajat serta tahlil.

Sebelum bersurai, para penduduk dijemput untuk menjamu selera.

Dibawah ini disertakan gambar.

Program "Halalkah Kita"

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Program "Halalkah Kita" berjalan dengan lancarnya. 2 tetamu jemputan dari JAIS iaitu Ustaz Safuan dan Ustaz Hafizul telah berlangsung di Blok 27B

Majlis bermula dari pukul 9 pagi dan berakhir jam 1 ptg. Seramai 70 penduduk telah turut serta dalam pratikal penyembelihan ayam.

Dibawah disertakan gambar-gambar semasa program berjalan.


Lawatan ke rumah Ehsan(Warga Emas) di Kuala Kubu Baru

Pada tanggal 10hb julai 2010 satu lawatan ihsan ke Rumah Ehsan (warga Emas) di Kuala Kubu Baru telah dianjurkan oleh Jiran Wanita KRT dengan kerjasama Biro Wanita Daisy 27B. Seramai lebih kurang 40 orang penduduk dari Daisy telah menyertai rombongan ini dengan sebuah bas.



Tujuan utama lawatan ini diadakan ialah untuk memberi kesedaran dan keinsafan kepada penduduk disamping memberi peluang berinteraksi secara dekat dengan penghuni-penghuni di sana yang telah uzur dan kurang bernasib baik.

Rumah Ehsan Kuala Kubu Baru ini adalah diantara 2 buah saja yang ujud di Malaysia dibawah naungan Jabatan Kebajikan Masyarakat(JKM). Satu lagi ialah di Terengganu untuk penduduk di pantai timur. Syarat utama penerima/kemasukan ke rumah ini ialah mesti lebih 60thn ke atas, ada penyakit,tiada waris atau mempunyai waris tetapi susah dijaga oleh pihak waris. Ia berfungsi sebagai sebuah hospital khas untuk menjaga warga-warga emas ini. Penghuni seramai 102 orang buat masa kini dan mempunyai 4 wad iaitu 2 wad untuk lelaki dan 2 wad untuk wanita. Wad terlantar untuk lelaki dan wanita tiap satu untuk penghuni yang sakit kronik dan tak boleh bergerak .

Tepat pukul 9.30pagi kami sampai di situ dan disambut oleh En Tony dan Cik Fadzilah dari pihak Rumah Ehsan. Setelah barangan sumbangan seperti beras,gula,susu,biskut dll yang disumbangkan oleh penduduk Daisy diturunkan, kami terus ke dewan makan untuk sesi taklimat dan soal-jawab berkenaan Rumah Ehsan ini yang disampaikan oleh En Tony.

Setelah selesai taklimat oleh pihak Rumah Ehsan, Saudara Shamsul bin Hashim selaku Pengerusi KRT Daisy telah menyampaikan ucapan terima kasih dan penghargaan bagi pihak penduduk Daisy kepada JKM dan Rumah Ehsan yang memberi peluang supaya lawatan ini berjaya diadakan. Sumbangan wang tunai berbentuk cek sebanyak RM1,520 yang diperolehi daripada penduduk Daisy 27B telah disampaikan oleh Saudara Kapt(B) Abdullah bin Yusoff selaku Pengerusi Persatuan Penduduk Daisy kepada pihak Rumah Ehsan.

Tetamu khas iaitu isteri kepada ADUN KUANG iaitu Puan YM Raja Norashikin bt Raja Tauran turut hadir dan telah menyumbangkan cenderahati berbentuk tuala muka dan tuala tangan kepada semua penghuni-penghuni Rumah Ehsan pada hari itu. Beliau turut memberi sumbangan peribadi kepada pihak KRT dan Persatuan Penduduk Daisy27B dengan menaja makan tengahari kepada semua penduduk dan staf yang hadir .

Selepas itu kami telah dibawa ke semua wad-wad yang ada dan berkenal mesra dengan mereka. Sumbangan Bag goodies yang mempunyai,muffin,kuih gulung tart,biskut,bahulu, buah oren dan air kotak dari penduduk Daisy telah dihadiahkan kepada semua penghuni-penghuni di sana. Bermacam-macam perangai dan karektor yang ada maklumlah warga emas ini ada yang suka bercakap, berleter, berkaroke , nak perhatian dan bermanja bagi mereka yang masih sihat dan yang terlantar kronik kami hanya boleh berdoa saja untuk mereka. Pendek-kata disebalik tiap-tiap insan ini ada cerita sedih/kesengsaraan masing-masing.

Setelah lawatan ke wad-wad selesai iaitu dalam pukul 12.30 tgh kami beramai-ramai menjamu makan tengahari yang telah disediakan bersama staff-staff yang ada dengan penuh keinsafan dan seterusnya bertolak balik ke Bandar Tasik Puteri.

Akhirkata,lawatan ehsan ini banyak membawa makna erti kemanusiaan di mana tanggunjawab dan peranan kita sebagai anak jangan sekali-kali diabaikan. Kita haruslah mengambil berat terhadap kebajikan ibubapa kita apabila mereka telah berusia. Kepada komuniti lawatan –lawatan dan kerja-kerja amal ini haruslah di buat selalu untuk menyokong dan membantu mereka ini yang amat perlukan kasih sayang dan perhatian dari seseorang. Insyalah program-program ini akan dirancang sekerap yang mungkin di masa hadapan nanti.

Bersama-sama ini disertakan gambar-gambar semasa program ini berjalan.

Kejohanan Bowling Daisy 2010

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Kejohanan Bowling berjalan dengan lancarnya. Terdapat 21 pasukan yang masuk bertanding pada tahun ini. Satu peningkatan dari segi jumlah pasukan dari tahun lepas (16 pasukan shj).

PPD telah menghantar satu pasukan untuk bertanding. Encik Magedran a/l Muniandy - Pegawai Perpaduan Daerah telah melapangkan masa untuk menyertai dan menyampaikan hadiah dalam program ini.

Tahniah kepada semua pemenang, cuba lagi yang tidak berjaya. Semoga kita berjumpa lagi di kejohanan yang sama di tahun depan.



Saturday, June 19, 2010

Kejohanan Bowling Daisy 2010

Salam,

Tema : Riadah Dengan Bowling

Tarikh : 04 Julai 2010 (Ahad)

Tempat : Wangsa Bowl @ Selayang Mall
2nd Floor Selayang Mall,
Jalan SU9, Taman Selayang Utama,
68100 Batu Caves Selangor

Masa : 4.00 pm – 7.00 pm

Terbuka kepada semua penduduk Blok 27B (Daisy), Green Valley Park.

• Untuk keterangan lanjut, sila hubungi : -


1) Mohd Noor Azman – No.15,Jalan Hijau 3/14 (019-321 4882)
2) Ramhaimi Abdul – No.24 Jalan Hijau 3/11 - (019-351 2396)

Wednesday, May 12, 2010

Program Futsal Anjuran Akademi Bolasepak BTP

Pada 8hb dan 9hb Mei yang lepas, AJK KRT bersetuju untuk menghantar pasukan ke pertandingan futsal anjuran Akademi Bolasepak BTP.

KRT Blok 27B telah menghantar 2 pasukan bawah tahun (terdiri dari Tunas Jaya blok 27B) dan juga 1 pasukan bawah 18 tahun ( terdiri dari Jiran Muda Blok 27B).

Hanya satu pasukan bwh 12 tahun layak ke pusingan ke-2 manakala pasukan-pasukan lain telah terkandas diperingkat kumpulan. Namum demikian kalah dan menang adat pertandingan namun yang penting adalah penyertaan dan serta menunjukkan semangat kesukanan yang tinggi.

Gambar adalah seperti dibawah.