Wednesday, March 30, 2011

Program Gotong Royong Perdana Daisy 2011

Tarikh 26hb Mac 2011

Anjuran Bersama Rukun Tetangga Blok 27B (Daisy) Dan Persatuan Penduduk Daisy
Tempat Sekitar Blok Daisy

Aturcara Program Majlis bermula jam 8.00 pagi sehingga 1 tengahari

Pada waktu tengahri, program ini diselitkan dengan taklimat ringkas mengenai Penyakit Demam Denggi
Dan seterusnya jamuan makan tgahri.

Objektif :
Membersihkan serta membasmi tempat pembiakan nyamuk Aedes yang mana terdapat banyak kes Demam Denggi serta Chikungunya yang melanda negara kita sekarang serta Bandar Tasik Puteri termasuk sekitar kawasan perumahan kita ini.

Mengeratkan Tali Silaturahim Antara Penduduk Daisy (27B) Serta Memupuk Semangat Kejiranan Antara Penduduk Daisy (27B)

Majlis Gotong Royong berjalan dengan lancar dengan kehadiran Ahli Majlis MPS , En Zaidy Bin Ab Talip


Alhamdulillah, Program Gotong- Royong Perdana Daisy 2011 selamat dijalankan dengan jayanya - ringkas dan padat. Terima Kasih Kepada Seluruh Penduduk Blok 27B yang datang membantu dalam program ini.

Gambar-gambar lain juga boleh di dapati facebook KRT Daisy Rukun tetangga

Gambar-Gambar semasa gotong royong perdana Daisy 2011

Krt Daisy Rukun Tetangga

Saturday, March 12, 2011

Kejohanan Futsal Bwh 12 thn dan 15 thn Daisy 2011

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,


Kejohanan Futsal ini berjalan dengan lancarnya. Ia bermula dari jam 3 petang pada 05-03-2011 (Sabtu).Terdapat 16 pasukan yang bertanding pada tahun ini iaitu 10 pasukan dari kategori 12 tahun dan 6 pasukan dari kategori 15 thn.
Sambutan dari penduduk setempat juga amat memberansangkan di mana terdapat lebih dari 200 orang penduduk datang memeriahkan kejohanan ini.

Pengerusi KRT Blok 27B dan Pengerusi Perstauan Penduduk telah  melapangkan masa untuk  menyampaikan hadiah dalam program ini.

Tahniah kepada semua pemenang, cuba lagi yang tidak berjaya. Semoga kita berjumpa lagi di kejohanan yang sama di tahun depan.

Keputusan Kejohanan ialah :
Bawah 15 tahun :
1) Pasukan Si Capik (L14)
2) Pasukan United 13 (L13)
3) Pasukan Fifteen FC (L15)
4) Pasukan L10
5) Pasukan L9
6) Pasukan Hahaha Team (L11)

Bawah 12 tahun :
1) Pasukan 14 Online (L14)
2) Pasukan Harimau 15B (L15)
3) Pasukan Harimau 15A (L15)
4) Pasukan Real 13 (L13)
5) Pasukan Gagah Perkasa (L11)
6) Pasukan L16
7) Pasukan L9
8) Pasukan sweet 12 (L12)
9) Pasukan 10A (L10)
10) Pasukan 10B (L10)

Untuk lebih melihat lebih banyak gambar, sila layari facebook KRT Daisy Rukun Tetangga.







Saturday, February 19, 2011

Kejohanan Futsal Antara Jalan Bawah 12 tahun dan 15 tahun Blok 27B Daisy 2011

Kejohanan Futsal Antara Jalan Bawah 12 tahun dan 15 tahun Blok 27B Daisy 2011

Sukacita dimaklumkan bahawa BIRO Sukan KRT Blok 27B Daisy akan menganjurkan satu kejohanan Futsal Antara Jalan Daisy 2011. Diharapkan setiap wakil lorong dapat menghantar satu (1) pasukan bagi setiap kategori untuk menyertai kejohanan ini.

Kejohanan ini akan diadakan pada 06hb Mac 2011 (Ahad) bertempat di Padang Daisy.
Bermula jam 8 pagi hingga selesai kejohanan.

Yuran pendaftaran adalah RM10.00 untuk satu pasukan.

Tarikh akhir pendaftaran adalah 25hb Februari 2011.

Untuk butiran lanjuta, sila rujuk kepada wakil KRT di jalan masing-masing. 

Monday, February 14, 2011

Program Kem Orentasi Tunas Jaya dan Jiran Muda KRT Daisy 27B 2011

Program kem orentasi yang berlangsung di Kem Beli Bukit Lagong pada 29hb dan 30hb Januari 2011 disertai oleh 55 orang remaja terdiri dari Tunas Jaya dan Jiran Muda dari KRT Blok 27B.

Kem berlangsung dengan selamat walaupun cuaca hujan melanda kem sejak dari hari pertama lagi.

Semua para peserta mengharungi kem ini dengan jayanya.

Dibawah ini gambar-gambar kenangan semasa kem ini berlangsung.






























Sunday, February 13, 2011

Gambar Semasa Perlawanan Persahabatan Dengan Firmikal Group

Salam,

Permainan yang telah diadakan ialah :


1- Bola Tampar
2- Ping Pong
3- Sepaktakraw
4- Bola Jaring


















Kesemua perlawanan di atas telah dimenangi oleh KRT Blok 27B.
Ramai Penduduk Blok 27B (Daisy) datang memeriahkan perlawanan persahabatan ini samada menyertai atau memberi sokongan pada pasukan Blok 27B.