Sunday, March 22, 2009

Forum Maulidurrasul Daisy 2009
















Program Forum Maudidur Rasul (Daisy) ini adalah kesinambungan dari program yang diadakan pada waktu siang tadi. Ini bertujuan mengeratkan silaturrahim serta memupuk hubungan muhibbah dalam melahirkan sebuah masyarakat yang harmoni dan dinamik.
Objektifnya ialah Untuk mengingati perjuangan Rasulullah dalam menyebar dan meninggikan syiar Islam serta Memupuk serta menjalin hubungan muhibbah dan silaturrahim di antara penduduk Blok 27B (Daisy)
Dua ahli dipanggil iaitu :
1- Ustaz Hj Amirudin Abdul Hadi
2- Ustaz Eadil Bin Mat
Moderator :
En.Mohamad Kamarudin Bin Madi.

Majlis dimulakan dengan persembahan Marhaban dan Nasyid oleh Kumpulan Nur Faizin pada jam 9.15 mlm. Kemudian forum dimulakan pada jam 9.30 mlm dengan tajuk - Silaturrahim Model Rasulullah s.a.w

Majlis selesai pada jam 11.30 mlm dengan sedikit jamuan ringan untuk semua tetamu.

Program Sambutan Maulidurrasul Daisy 2009











Program ini berjalan dengan lancar dengan kehadiran 400 orang termasuk murid sekolah rendah islam Assolihin. ia dirasmikan oleh YB Tuan Abdul Shukur Bin Haji Idrus. Ia diserikan dengan ceramah oleh Ustaz Hj Ustaz Hj Zulqarnain Bn Hamzah Al Hafiz

Dalam ucapan YB, beliau menekan kepentingan program ini serta telah berjanji untuk menyumbangkan RM6,000 kepada SRI Assolihin selain daripada peruntukan RM22,000 dari Kerajaan Pusat (masih dalam proses kelulusan) dan juga RM1,000 untuk peruntukan program ini.
Beliau menyeru kepada semua penduduk agar membantu beliau dalam memberi kebajikan kepada sesiapa yang memerlukan terutamanya anak-anak yatim, ibu-ibu tunggal sertal warga emas yang tidak mempunyai pencen tetap.

Monday, March 16, 2009

Lawatan Ke Muzium Shah Alam n Kompleks Shah Alam n Taman Tasik Shah Alam
















PROGRAM LAWATAN KE MUZIUM SHAH ALAM, KOMPLEKS SHAH ALAM DAN TAMAN TASIK SHAH ALAM.





Lawatan ini berjalan dengan lancarnya dimana rombongan kami sampai pada jam pukul 2.30 petang. Antara tempat yg dilawat adalah Muzium Shah Alam, Kompleks Shah Alam serta Taman Tasik Shah Alam Program berjalan dengan baik di mana program berakhir jam 4.30 petang. Terima kasih diucapkan pada semua pihak yang terlibat telah bertungkus-lumus menjayakan program ini.

Lawatan JW n JM n JTJ ke KRT Kerayong












PROGRAM LAWATAN KE PROGRAM KEMPEN JIRANKU, KELUARGAKU PERINGKAT NEGERI SELANGOR 2009” berjalan dengan lancarnya dimana rombongan kami sampai pada jam pukul 9.00 pagi. Antara di antara wakil dari KRT blok 27B ini menyertai ceramah serta beberapa pertandingan yang diadakan. Hasilnya wakil KRT dari Blok 27B telah muncul di tempat pertama dalam acara mengandam ibu oleh anak serta mengubah dengan barang-barang terpakai. Program berjalan dengan baik di mana program penutupnya telah dirasmikan oleh Pengarah JPNIN Negeri Selangor Sambutan amat menggalakkan yang mana semua pihak yang terlibat telah bertungkus-lumus menjayakan program ini.

Wednesday, March 4, 2009

Pengumuman

PER: PROGRAM SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 2009

Dengan segala hormatnya merujuk kepada perkara di atas. SRI Assolihin, Rukun Tetangga Blok 27B ,Rukun Tetangga Blok 28, Surau Al Furqan dan juga Persatuan Penduduk Daisy akan bekerjasama dalam mengadakan Program Sambutan Maulidur Rasul 2009 .Objektif penganjuran program ini adalah mengeratkan lagi silaturrahim di antara penduduk-penduduk setempat serta SRI Assolihin.

Majlis ini akan diadakan seperti berikut:
Tarikh : 21hb Mac 2009 (Sabtu)
Masa : Bermula jam 8.30 pagi
Tempat : Padang Daisy, Jalan Hijau 3/12 dan 3/13 serta Ceramah di Surau Al Furqan

Semua penduduk dijemput hadir untuk memeriahkan lagi program sambutan Maulidur Rasul ini.