Thursday, February 12, 2009

Mesyuarat Kerja Maulidur Rasul 2009

Ruj. Tuan:
Ruj. Kami:Bil( 2 ) dlm AJK/RT(27B)/2009
Tarikh : 12hb Februari 2009

Kepada

Pengerusi Rukun Tetangga Blok 27B
Pengerusi Rukun Tetangga Blok 28
Pengerusi Persatuan Penduduk Daisy
Pengerusi Surau Al Furqan
Pengerusi SAR KAFA As-Solihin
Semua AJK Rukun Tetangga Blok 27B
Semua AJK Rukun Tetangga Blok 28
Semua AJK Persatuan Penduduk Daisy
Semua AJK Surau Al Furqan
Semua AJK SAR KAFA As-Solihin

Tuan/Puan,

Per: Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Program Maulidur Rasul 2009

Dengan segala hormatnya merujuk kepada perkara di atas, saya bagi pihak Rukun Tetangga Blok 27B ingin memjemput semua AJK seperti diatas bersama-sama mengadakan Program Maulidur Rasul 2009

1 Semua AJK seperti atas dijemput menghadirkan diri ke mesyuarat seperti di atas untuk membincangkan agenda-agenda di bawah pada :

Tarikh : 18hb Februari 2009 (Rabu)
Tempat : Rumah Persatuan - No. 1, Jalan Hijau 3/12, Blok 27B Daisy
Masa : 9.00 malam

2 Agenda Mesyuarat adalah seperti berikut:
a) Ucapan Pengerusi
b) Pembentangan Perancangan AJK Kerja Program Maulidur Rasul 2009.
c) Pembahagian tugas kepada AJK yang terlibat.
d) Hal-Hal lain.

Kerjasama dan perhatian tuan/puan di dalam perkara di atas saya dahului dengan ucapan terima kasih. Sila hantar wakil jika tidak dapat menghadirkan diri.

Sekian.

“Kejiranan Teras Kesejahteraan”

Yang Menjalankan Tugas


………………….………….
( RAMHAIMI BIN ABDUL )
Setiausaha
Rukun Tetangga 27B (Daisy), Green Valley Park