Thursday, February 12, 2009

Mesyuarat Kerja Maulidur Rasul 2009

Ruj. Tuan:
Ruj. Kami:Bil( 2 ) dlm AJK/RT(27B)/2009
Tarikh : 12hb Februari 2009

Kepada

Pengerusi Rukun Tetangga Blok 27B
Pengerusi Rukun Tetangga Blok 28
Pengerusi Persatuan Penduduk Daisy
Pengerusi Surau Al Furqan
Pengerusi SAR KAFA As-Solihin
Semua AJK Rukun Tetangga Blok 27B
Semua AJK Rukun Tetangga Blok 28
Semua AJK Persatuan Penduduk Daisy
Semua AJK Surau Al Furqan
Semua AJK SAR KAFA As-Solihin

Tuan/Puan,

Per: Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Program Maulidur Rasul 2009

Dengan segala hormatnya merujuk kepada perkara di atas, saya bagi pihak Rukun Tetangga Blok 27B ingin memjemput semua AJK seperti diatas bersama-sama mengadakan Program Maulidur Rasul 2009

1 Semua AJK seperti atas dijemput menghadirkan diri ke mesyuarat seperti di atas untuk membincangkan agenda-agenda di bawah pada :

Tarikh : 18hb Februari 2009 (Rabu)
Tempat : Rumah Persatuan - No. 1, Jalan Hijau 3/12, Blok 27B Daisy
Masa : 9.00 malam

2 Agenda Mesyuarat adalah seperti berikut:
a) Ucapan Pengerusi
b) Pembentangan Perancangan AJK Kerja Program Maulidur Rasul 2009.
c) Pembahagian tugas kepada AJK yang terlibat.
d) Hal-Hal lain.

Kerjasama dan perhatian tuan/puan di dalam perkara di atas saya dahului dengan ucapan terima kasih. Sila hantar wakil jika tidak dapat menghadirkan diri.

Sekian.

“Kejiranan Teras Kesejahteraan”

Yang Menjalankan Tugas


………………….………….
( RAMHAIMI BIN ABDUL )
Setiausaha
Rukun Tetangga 27B (Daisy), Green Valley Park

Saturday, February 7, 2009

Cadangan Kalendar Aktiviti RT Utk Penduduk Daisy 2009

Cadangan Kalendar Aktiviti RT Utk Penduduk Daisy 2009
Januari
1- Kelas Memasak - JW

Februari
1- Gotong Royong Perdana Daisy – 1hb

Mac
1- Majlis Maulidur Rasul
2- Dialog Bersama Ketua Polis Daerah Gombak

April
1- Bengkel Kursus Jenazah – Jiran Usia Emas

Mei
1- Kelas Gubahan Bunga (JW)
2- Sukan RMJM

Jun
1- Bengkel Bahasa Inggeris PMR dan SPM
2- Berbasikal Tunas Jaya
3- Sukan Sepaktakraw
4- Indoor Game
5- Majlis Sambutan Hari Ibu

Julai
1- Permainan Rakyat Untuk Remaja
2- Sukan Volley ball
3- Sukan Netball

Ogos
1- Forum Perdana – Penghayatan Ramadhan

September
1- Jamuan Hari Raya (KRT)

Oktober
1- Morning Walk – KRT n Jiran Usia Emas
2- Kem Kendiri - JM

November
1- Kelas Grooming (JW)
2- Hari Keluarga n Sukaneka (KRT)

Disember
1- Lawatan (KRT n JW)
2- Mesyuarat Pemilihan AJK RT Baru.


Semoga seluruh penduduk Blok27B (Daisy) ini dapat memberi kerjasama dan meluangkan masa menyertai sebarang program/majlis/aktiviti yang diadakan di Blok 27B ini.





Perlawanan Persahabatan Bolasepak Antara Blok 27B dan Blok 29


Satu Perlawanan Persahabatan Antara Blok 27B dan Blok 29 telah diadakan pada jam 5.30 ptg pada hari yang sama gotong royong ini.
Pasukan Daisy (Blok 27B) ini disertai oleh para "orang lama" / veteran. Ramai juga penduduk blok 27B datang memberi sokongan padu pada pasukan bolasepak ini.

Dengan sokongan inilah pasukan bolasepak Daisy 27B telah mencapai kemenangan 3-2.

Semoga pada perlawanan akan datang, ramai lagi penduduk yang akan turun samada menyertai perlawanan ataupun memberi sokongan.

Note : maaf gambar tiada sebab jurugambar pun main juga.Jika sesiapa ada ambil gambar mohon email ke KRT.Blok27B@gmail.com

Program Gotong Royong Perdana Daisy 2009






















Tarikh 01hb Februari 2009
Anjuran Bersama Rukun Tetangga Blok 27B (Daisy) Dan Persatuan Penduduk Daisy
Tempat Sekitar Blok Daisy
Aturcara Program Majlis bermula jam 8.00 pagi malam
Objektif :
Membersihkan serta membasmi tempat pembiakan nyamuk Aedes yang mana terdapat banyak kes Demam Denggi serta Chikungunya yang melanda negara kita sekarang serta Bandar Tasik Puteri termasuk sekitar kawasan perumahan kita ini.
Mengeratkan Tali Silaturahim Antara Penduduk Daisy (27B) Serta Memupuk Semangat Kejiranan Antara Penduduk Daisy (27B)


Majlis Gotong Royong berjalan dengan lancar dengan kehadiran YB ADUN Kuang Tuan Haji Abdul Shukur Bin Haji Idrus

Majlis Khatam Al Quran







Majlis berjalan dengan baik di mana upacara dimulakan pada 9.00 malam dengan majlis khatam Al Quran oleh anak-anak penduduk Jalan Hijau 3/15 . Majlis seterusnya bermula pada jam 8.30 malam dengan ucapan aluan oleh Pengerusi majlis dan seterusnya penyampaian cenderahati kepada anak-anak yang terlibat dalam majlis khatam Quran ini. Majlis seterusnya telah diteruskan dengan jamuan makan yang disediakan oleh para penduduk Jalan Hijau 3/15 Majlis ini juga dihadiri oleh seluruh penduduk Blok 27B ini


Tarikh 31hb Januari 2009
Anjuran Keluarga Hj Amirudin, Yusof Khan dan Dr Amer bersama wakil Rukun Tetangga Blok 27B (Daisy)
Tempat Jalan Hijau 3/15
Aturcara Program
Majlis bermula jam 8.00 malam

Majlis Makan Serta Meraikan Team Netball











Majlis berjalan dengan baik di mana upacara dimulakan pada 5.00 petang dengan persiapan tempat serta juadah makanan yang diadakan secara barbecue. Majlis seterusnya bermula pada jam 8.30 malam dengan ucapan aluan oleh Pengerusi majlis dan seterusnya dirasmikan oleh Pengerusi KRT Blok 27B. Majlis seterusnya telah diteruskan dengan jamuan makan yang disediakan oleh para AJK KRT Blok 27B. Majlis ini juga dihadiri oleh para pemain serta ibubapa pemain serta pemyampaian sedikit cenderahati dari KRT untuk para pemain.


Tarikh 03hb Januari 2009
Anjuran Rukun Tetangga Blok 27B (Daisy) dengan Pasukan Bola Jaring
Tempat Di rumah persatuan Daisy
Aturcara Program Majlis bermula jam 8.00 malam