Saturday, February 19, 2011

Kejohanan Futsal Antara Jalan Bawah 12 tahun dan 15 tahun Blok 27B Daisy 2011

Kejohanan Futsal Antara Jalan Bawah 12 tahun dan 15 tahun Blok 27B Daisy 2011

Sukacita dimaklumkan bahawa BIRO Sukan KRT Blok 27B Daisy akan menganjurkan satu kejohanan Futsal Antara Jalan Daisy 2011. Diharapkan setiap wakil lorong dapat menghantar satu (1) pasukan bagi setiap kategori untuk menyertai kejohanan ini.

Kejohanan ini akan diadakan pada 06hb Mac 2011 (Ahad) bertempat di Padang Daisy.
Bermula jam 8 pagi hingga selesai kejohanan.

Yuran pendaftaran adalah RM10.00 untuk satu pasukan.

Tarikh akhir pendaftaran adalah 25hb Februari 2011.

Untuk butiran lanjuta, sila rujuk kepada wakil KRT di jalan masing-masing. 

Monday, February 14, 2011

Program Kem Orentasi Tunas Jaya dan Jiran Muda KRT Daisy 27B 2011

Program kem orentasi yang berlangsung di Kem Beli Bukit Lagong pada 29hb dan 30hb Januari 2011 disertai oleh 55 orang remaja terdiri dari Tunas Jaya dan Jiran Muda dari KRT Blok 27B.

Kem berlangsung dengan selamat walaupun cuaca hujan melanda kem sejak dari hari pertama lagi.

Semua para peserta mengharungi kem ini dengan jayanya.

Dibawah ini gambar-gambar kenangan semasa kem ini berlangsung.






























Sunday, February 13, 2011

Gambar Semasa Perlawanan Persahabatan Dengan Firmikal Group

Salam,

Permainan yang telah diadakan ialah :


1- Bola Tampar
2- Ping Pong
3- Sepaktakraw
4- Bola Jaring


















Kesemua perlawanan di atas telah dimenangi oleh KRT Blok 27B.
Ramai Penduduk Blok 27B (Daisy) datang memeriahkan perlawanan persahabatan ini samada menyertai atau memberi sokongan pada pasukan Blok 27B.