Saturday, August 14, 2010

Majlis Sambutan Ramadhan 1431H

Salam,

Majlis berjalan dengan lancarnya, Bermula dengan Sola Maghrib secara berjamaah, selepas itu takzirah maghrib disampaikan oleh Ustaz Amiruddin.

Selepas solat Isyak berjamaah, majlis diteruskan dengan solat hajat serta tahlil.

Sebelum bersurai, para penduduk dijemput untuk menjamu selera.

Dibawah ini disertakan gambar.

Program "Halalkah Kita"

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Program "Halalkah Kita" berjalan dengan lancarnya. 2 tetamu jemputan dari JAIS iaitu Ustaz Safuan dan Ustaz Hafizul telah berlangsung di Blok 27B

Majlis bermula dari pukul 9 pagi dan berakhir jam 1 ptg. Seramai 70 penduduk telah turut serta dalam pratikal penyembelihan ayam.

Dibawah disertakan gambar-gambar semasa program berjalan.


Lawatan ke rumah Ehsan(Warga Emas) di Kuala Kubu Baru

Pada tanggal 10hb julai 2010 satu lawatan ihsan ke Rumah Ehsan (warga Emas) di Kuala Kubu Baru telah dianjurkan oleh Jiran Wanita KRT dengan kerjasama Biro Wanita Daisy 27B. Seramai lebih kurang 40 orang penduduk dari Daisy telah menyertai rombongan ini dengan sebuah bas.



Tujuan utama lawatan ini diadakan ialah untuk memberi kesedaran dan keinsafan kepada penduduk disamping memberi peluang berinteraksi secara dekat dengan penghuni-penghuni di sana yang telah uzur dan kurang bernasib baik.

Rumah Ehsan Kuala Kubu Baru ini adalah diantara 2 buah saja yang ujud di Malaysia dibawah naungan Jabatan Kebajikan Masyarakat(JKM). Satu lagi ialah di Terengganu untuk penduduk di pantai timur. Syarat utama penerima/kemasukan ke rumah ini ialah mesti lebih 60thn ke atas, ada penyakit,tiada waris atau mempunyai waris tetapi susah dijaga oleh pihak waris. Ia berfungsi sebagai sebuah hospital khas untuk menjaga warga-warga emas ini. Penghuni seramai 102 orang buat masa kini dan mempunyai 4 wad iaitu 2 wad untuk lelaki dan 2 wad untuk wanita. Wad terlantar untuk lelaki dan wanita tiap satu untuk penghuni yang sakit kronik dan tak boleh bergerak .

Tepat pukul 9.30pagi kami sampai di situ dan disambut oleh En Tony dan Cik Fadzilah dari pihak Rumah Ehsan. Setelah barangan sumbangan seperti beras,gula,susu,biskut dll yang disumbangkan oleh penduduk Daisy diturunkan, kami terus ke dewan makan untuk sesi taklimat dan soal-jawab berkenaan Rumah Ehsan ini yang disampaikan oleh En Tony.

Setelah selesai taklimat oleh pihak Rumah Ehsan, Saudara Shamsul bin Hashim selaku Pengerusi KRT Daisy telah menyampaikan ucapan terima kasih dan penghargaan bagi pihak penduduk Daisy kepada JKM dan Rumah Ehsan yang memberi peluang supaya lawatan ini berjaya diadakan. Sumbangan wang tunai berbentuk cek sebanyak RM1,520 yang diperolehi daripada penduduk Daisy 27B telah disampaikan oleh Saudara Kapt(B) Abdullah bin Yusoff selaku Pengerusi Persatuan Penduduk Daisy kepada pihak Rumah Ehsan.

Tetamu khas iaitu isteri kepada ADUN KUANG iaitu Puan YM Raja Norashikin bt Raja Tauran turut hadir dan telah menyumbangkan cenderahati berbentuk tuala muka dan tuala tangan kepada semua penghuni-penghuni Rumah Ehsan pada hari itu. Beliau turut memberi sumbangan peribadi kepada pihak KRT dan Persatuan Penduduk Daisy27B dengan menaja makan tengahari kepada semua penduduk dan staf yang hadir .

Selepas itu kami telah dibawa ke semua wad-wad yang ada dan berkenal mesra dengan mereka. Sumbangan Bag goodies yang mempunyai,muffin,kuih gulung tart,biskut,bahulu, buah oren dan air kotak dari penduduk Daisy telah dihadiahkan kepada semua penghuni-penghuni di sana. Bermacam-macam perangai dan karektor yang ada maklumlah warga emas ini ada yang suka bercakap, berleter, berkaroke , nak perhatian dan bermanja bagi mereka yang masih sihat dan yang terlantar kronik kami hanya boleh berdoa saja untuk mereka. Pendek-kata disebalik tiap-tiap insan ini ada cerita sedih/kesengsaraan masing-masing.

Setelah lawatan ke wad-wad selesai iaitu dalam pukul 12.30 tgh kami beramai-ramai menjamu makan tengahari yang telah disediakan bersama staff-staff yang ada dengan penuh keinsafan dan seterusnya bertolak balik ke Bandar Tasik Puteri.

Akhirkata,lawatan ehsan ini banyak membawa makna erti kemanusiaan di mana tanggunjawab dan peranan kita sebagai anak jangan sekali-kali diabaikan. Kita haruslah mengambil berat terhadap kebajikan ibubapa kita apabila mereka telah berusia. Kepada komuniti lawatan –lawatan dan kerja-kerja amal ini haruslah di buat selalu untuk menyokong dan membantu mereka ini yang amat perlukan kasih sayang dan perhatian dari seseorang. Insyalah program-program ini akan dirancang sekerap yang mungkin di masa hadapan nanti.

Bersama-sama ini disertakan gambar-gambar semasa program ini berjalan.

Kejohanan Bowling Daisy 2010

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Kejohanan Bowling berjalan dengan lancarnya. Terdapat 21 pasukan yang masuk bertanding pada tahun ini. Satu peningkatan dari segi jumlah pasukan dari tahun lepas (16 pasukan shj).

PPD telah menghantar satu pasukan untuk bertanding. Encik Magedran a/l Muniandy - Pegawai Perpaduan Daerah telah melapangkan masa untuk menyertai dan menyampaikan hadiah dalam program ini.

Tahniah kepada semua pemenang, cuba lagi yang tidak berjaya. Semoga kita berjumpa lagi di kejohanan yang sama di tahun depan.