Wednesday, May 12, 2010

Program Futsal Anjuran Akademi Bolasepak BTP

Pada 8hb dan 9hb Mei yang lepas, AJK KRT bersetuju untuk menghantar pasukan ke pertandingan futsal anjuran Akademi Bolasepak BTP.

KRT Blok 27B telah menghantar 2 pasukan bawah tahun (terdiri dari Tunas Jaya blok 27B) dan juga 1 pasukan bawah 18 tahun ( terdiri dari Jiran Muda Blok 27B).

Hanya satu pasukan bwh 12 tahun layak ke pusingan ke-2 manakala pasukan-pasukan lain telah terkandas diperingkat kumpulan. Namum demikian kalah dan menang adat pertandingan namun yang penting adalah penyertaan dan serta menunjukkan semangat kesukanan yang tinggi.

Gambar adalah seperti dibawah.

Program Berbasikal Hash #188 KLMBH Di Bandar Tasik Puteri

Pada tarikh yang sama iaitu 18-04-2010, beberapa AJK KRT telah menyertai Program Berbasikal Hash # 188 KLMBH.

Program tersebut berjalan dengan lancar dengan disertai lebihkurang 300 orang raiders dari area Lembah Kelang dan ada juga datang jauh luar kawasan Lembah Kelang ini.

Gambar sepertimana dibawah ini :

Butiran gambar lain juga boleh dilayari di website :


http://arbteam.blogspot.com/



Butiran gambar lain juga boleh dilayari di website :
http://arbteam.blogspot.com/

Program Orientasi Jiran Muda Dan Tunas Jiran 2010

Assalamualaikum,

Bermula jam 8 pagi (tarikh 18-04-2010), seramai 53 orang Tunas Jiran dan 33 orang Jiran Muda telah menyertai program orientasi ini dengan dibantu oleh 20 orang AJK KRT.

Program ini berjalan dengan lancar. Perasmian penutup program ini telah dirasmikan oleh En Magendran a/l Muniandy - Pegawai Perpaduan Daerah Gombak.

Dibawah ini disertakan gambar aktiviti tersebut :