Monday, January 25, 2010

Gotong Royong Daisy 2010

Assalamualaikum,
Salam Sejahtera Dan Salam 1Malaysia,

Semua Penduduk
Blok 27B ( Daisy )

Tuan/Puan,
PER: MAJLIS GOTONG ROYONG PERDANA DAISY 2010

Adalah saya dengan segala hormatnya merujuk kepada perkara di atas

2. Rukun Tetangga Blok 27B bersama-sama Persatuan Penduduk Daisy akan mengadakan Majlis Gotong Royong membersihkan kawasan perumahan dan persekitaran pada :

Tarikh : 31hb Januari 2010 (Ahad)
Masa : 7:00 pagi hingga 12 tgh hari
Tempat : Seluruh Blok 27B (Daisy), Green Valley Park

3. Tujuan penganjuran majlis ini adalah untuk membersihkan kawasan kediaman dari wabak denggi sepertimana yang telah dilapurkan melibatkan penduduk di Bandar Tasik Puteri, Green Valley Park dan di Blok Daisy ini khasnya, Selain daripada itu program ini juga dapat mengeratkan perhubungan dan membolehkan penduduk saling mengenali antara satu sama lain. Selain itu dapat menghilangkan perasaan mementingkan diri sendiri dan memastikan tempat kediaman selesa untuk dihuni.

4. Sehubungan dengan itu diharapkan penduduk Daisy dapat memberi sokongan berkerjasama atau mengambil bahagian dalam aktiviti bergotong-royong membersihkan kawasan persekitaran Blok 27B (Daisy) ini demi untuk memastikan kita dapat hidup dalam suasana yang bersih, sihat dan selesa.

5. Aturcara Majlis Gotong Royong Daisy 2010 adalah seperti berikut :
i. 7.15 pagi – Berkumpul, Perasmian Serta Taklimat di Padang Daisy (Jalan 3/12) - Sila bawa/sediakan peralatan yang sesuai untuk tujuan gotong royong ini.
ii. 7.45 pagi – Majlis gotong royong bermula
iii. 12.00 tgh - Bersurai

Kerjasama dan keperihatinan tuan/puan adalah untuk kebaikan bersama agar kita dapat tinggal dalam keadaan bersih serta dijauhi risiko segala penyakit.

Sunday, January 24, 2010

Gambar Semasa Mesyuarat AJK KRT baru 2010/2011











suasana yg begitu meriah sesama undi dijalankan.


















Gambar kenangan AJK Jiran Wanita









AJK lama sibuk memberi penerangan

Sunday, January 17, 2010

Gambar-Gambar Semasa Karnival Final Bolasepak GVP/BTP yang lepas












Sepertimana yang dijanjikan, dibawah ini adalah gambar Karnival Final Bolasepak GVP/BTP yang lepas.