Sunday, May 31, 2009

Majlis Penerangan Skim Rondaan Sukarela







Assalamualaikum,
Pada 24hb Mei yang lalu telah berlangsung satu majlis penerangan Skim Rondaan Sukarela (SRS) oleh En Mustapha Manas dari Pejabat Peraduan Daerah Gombak. Terdapat juga wakil dari Balai Polis Bandar Tasik Puteri. Majlis berjalan dengan begitu lancar dengan kehadiran lebih kurang 100 orang penduduk.

Dalam majlis tersebut, En Mus menerangkan sejarah dan latarbelakang SRS ini. Diakhir majlis di antara sessi dialog. Majlis berakhir pada pukul 11-30 pagi.

Wassalam






Perlawanan Persabahatan BolaSepak

Assalamualaikum,

Terdapat 2 perlawanan bolasepak persahabatan yang melibatkan Blok 27B (Daisy) ini iaitu :

1- Pada tarikh 17-05-2009 yang lalu Blok 27B lwn blok 16. Keputusannya seri lagi iaitu 2-2
2- Pada tarikh 24-05-2009 berlangsung juga perlawanan antara Blok 27B lwn Blok 18 yang berkesudahan Blok 27B kalah tipis 3-4.

Apapun keputusan, semangat kesukanan yang ditunjukan oleh para pemain Blok 27B ini amatlah menbanggakan. Tahniah kepada semua pemain.

Saturday, May 9, 2009

Kejohanan Bowling Daisy 2009

PERTANDINGAN BOWLING DAISY 2009

Perkara di atas adalah dirujuk.

Sukacita dimaklumkan bahawa Rukun Tetangga BloK 27B dengan kerjasama Persatuan Penduduk Daisy akan menganjurkan satu Pertandingan Bowling Daisy 2009. Diharapkan agar para penduduk Blok 27B (Daisy) ini dapat menyertai pertandingan ini.

Kejohanan ini akan diadakan pada 14hb Jun 2009 [Ahad] jam 8 pagi bertempat di Perfect Bowl @ Selayang Mall Yuran pendaftaran bagi satu pasukan ialah RM100.00 (Ringgit Malaysia :Seratus Sahaja). Setiap bayaran bolehlah di buat secara tunai kepada mana-mana nama seperti di bawah. Tarikh akhir pendaftaran adalah pada 1hb Jun 2009. Syarat asas pertandingan ialah setiap pasukan mesti ada 4 pemain yang terdiri daripada campuran lelaki dan wanita dari penduduk Blok 27B (Daisy) sahaja. Mesti memakai stokin semasa pertandingan berlangsung. Bersama ini disertakan borang penyertaan dan penyertaan adalah terhad kepada 24 pasukan terawal sahaja.

Selain daripada itu, sesiapa yang berminat untuk menyumbang tenaga, wang tunai, makanan dan juga piala pusingan amatlah kami hargai. Segala sumbangan boleh diserahkan terus kepada nama-nama seperti dibawah ini.

Sebarang masalah dan pertanyaan sila hubungi wakil-wakil dibawah ini :
1- Mohd Noor Azman – No.15,Jalan Hijau 3/14 (019-321 4882)
2- Nor Azmi Mohamad – No.14, Jalan Hijau 3/11 (013-387 5106)
3- Ramhaimi Abdul – No.24 Jalan Hijau 3/11 (019-351 2396)

Nota : Surat dan Borang Penyertaan telahpun diedarkan kepada wakil KRT di jalan masing-masing.

Jemputan Ke Majlis Penerangan SRS

Adalah saya dengan segala hormatnya merujuk kepada perkara di atas

2. Rukun Tetangga Blok 27B akan mengadakan Majlis Penerangan serta Mesyuarat SRS pada :

Tarikh : 24hb Mei 2009 (Ahad)
Masa : 9:00 pagi
Tempat : Padang Daisy, Blok 27B (Daisy), Green Valley Park

3. Tujuan penganjuran majlis ini adalah untuk memberi penerangan mengenai SRS ini kepada seluruh penduduk Daisy. Selain daripada itu program ini juga dapat mengeratkan perhubungan dan membolehkan penduduk saling mengenali antara satu sama lain serta dapat mencegah kegiatan jenayah demi keselamatan dan keamanan blok 27B ini

4. Sehubungan dengan itu diharapkan penduduk Daisy dapat hadir dalam majlis ini demi kesejahteraan serta keselamatan penduduk setempat.

5. Sebarang idea atau cadangan demi pemulihbaik program SRS ini bolehlah disalurkan terus ke Setiausaha KRT seperti alamat di atas atau emel terus ke : KRT.Blok27B@gmail.com